jika hari ini saya free
dalam kepala macam2 saya nak buat...
ya, apa saja yang saya suka...yang bermanfaat untuk diri saya..
tak kira rohani ke jasmani.asal buat saya bahagia dan puas hati.
jika hari ini saya busy
saya nak fokus sungguh2 pada perkara yg penting sahaja
manfaatkan setiap minit supaya segalanya beres
jika hari ini saya sedih
saya nak nangis puas-puas sampai terluah semua rasa
tak perlu siapa tahu dan susahkan hati mereka
biar masa berlalu mengubah semua dan tiadalah juga yang bertanya2
jika hari ini saya gembira
saya nak rasa itu buat saya makin dekat denganNya
nak beri macam2 kat orang kalau saya mampu
biar orang lain rasa juga cebisan kegembiraan tu
![]() |
| crdt |
jika hari ini saya masih single
saya nak hargai masa dengan ketiadaan komitmen ini sebaiknya
siapkan diri jadi orang atau hambaNya yang lebih baik,
untuk diri sendiri, keluarga dan kawan2
jika hari ini saya sudah kahwin
saya nak jadi isteri, ibu yang solehah, bijak, dan maintain cun(ahaks)
biar keluarga yang terbina benar2 berkat, dirahmati Allah selalu
baiti jannati (keluargaku syurgaku)..penuh cinta..sampai syurga..
![]() |
| crdt |
jika...
jika saya masih punya banyak masa...
tapi itulah...tiada yang tahu batas waktunya..
semuanya jadi rahsia Maha Kuasa.
buat saat yang masih tersisa ini, saya mahu hargai dengan sepenuhnya.
ya, hargai selagi ada..
-j1e-


No comments:
Post a Comment