hari-hariku

..hazirah
..sara
..shamsiah

...semalam kita berkenalan,
...hari ini kita bersahabat...
...tapi 'esok' pasti berpisah jua...
semoga kenangan bersama tak kan pernah terpadam...;)

Nov 29, 2012

It's my life #3

Assalamualaikum!

Pregnancy

Sekarang saya baru mula merasakan saat-saat indah pregnant. Ye laa..boleh makan itu ini, tak macam sebelum ni ada je tak kena, mual terusss..Alhamdulillah, melepasi period tersebut. Alhamdulillahh.. :))

Emosi pun tak sesensitif awal-awal dulu.Cuma kerana jauh dari suamiku (huk huk) memang fragile jugak la perasaan ni. Kalau suami sibuk, penat, tak call, tak sms, mula la saya buat drama sinetron. (eh, dah drama, sinetron pulak :P)Dek pernah layan novel cintan and sinetron2 di tv, saya memang hebat jugak la berdrama. Nasib badan suami tu saborrrr je. kecian kecian.

Kalau saya nak cakap tengah2 malam dan suami dah tidur, saya paksa dia dengar saya celoteh. Bila dia senyap (tak larat nak dengar dah) saya hello2 sampai dia terjaga balik. Punyala mengada tak hengattt... tapi saya pelik jugak la, macam mana dia boleh lagi bertahan dengar saya panggil meskipun dah mamai betul..kalau saya, diam terus, tidur nyenyak dah, call pun tak angkat dah tengah2 ngantuk sangat. Tabik sket kat suami part ni. Heh

Dengan kawan pun saya emosi walaupun hal kecikkkk je. isk isk. Seriously, i could hardly control my emotions. Up side down. Like roller coaster. huhuu..That's why i prefered to just stay quietly in my room when my feeling was damn intolerable.

Now, my baby bump is getting bigger. Actually tengah sedikit cuak nak gi check up next week coz second and third month tak pergi pun! Hey, degilnya saya.....isk!

Sebenarnya, banyak sebab. 
1- kena buat appointment 1 minggu awal dengan doc tu. pastu mesti turn tengah malam2. nak gi dengan siapa? dah la malam2 sickness kadang2 makin teruk. Most of the days in 1st trimester saya tidur awal, banyak tidur betul. Nak ajak kawan teman pun rasa malas sebab diri sendiri malas nak berganjak dari peraduan. --> manja!

2- Sedih. Suami tiada di sisi. Patutnya kitorang tengok baby masa scan tu sama-sama. Rasakan feel mom and dad-to-be sama-sama. You know that feeling is so important. (ah, bersinetron lagi..semua salah drama kat tv ni..!)

3- Takde perasaan. Seriously saya cakap. Masa rasa badan tak tentu arah sepanjang first trimester tu, rasa nak give up je, Makan tak kena, tak makan lagi tak kena. Penat memanjang. Macam-macam la yang negatif di fikiran dan emosi. Campur2 semua, diri sendiri tak dapat rasa pun the blissful life of pregnancy. Study pun kacau tau! (tu EM dapat C+..huks...pagi nak exam baru tergapai2 notes..)

Istighfar lah saya sekarang banyak2. HUHU. mama berdosa kat baby!
Semoga trimester 2 and 3 berjalan penuh positif, sihat dan penuh berkah. aaminnn............love u baby and abah! mmuah!

-j1e-



Nov 28, 2012

Pujian

Assalamualaikum!

Suka dipuji?
Suka memuji?

In fact, me myself tak suka puji-puji orang sangat. Tak suka tengok orang jadi kembang semangkuk lepas tu acting mengada-ngada. --> muntah : pernah ada pengalaman masa sekolah rendah. pergi satu kem, punyala perasan cantik seorang perempuan ni, sampai buat statement beberapa hari dia di kem tu dia dah dapat ramai pakwe. Ramai puji dia cantik. Kebaya and high heels woo..baru darjah enam. *pengsan* : sejak tu saya tak suka puji orang sangat, nanti saya jumpa banyak orang perasan and jadi gedik tiba-tiba. please deh.

Hmm..Ni biasanya terjadi kat perempuan la. Ada hal yang boleh dipuji, buat hati orang senang. Ada hal lebih baik diam je, mungkin sekadar senyum dan pujian dalam hati. Kenapa?

Tak semua perempuan dia boleh mentafsirkan pujian itu hanya se'biasa' itu. Kalau hari ni puji cantik dengan itu ini yang dikenakan pada tubuh badannya, entah-entah keesokannya dia UP lagi dengan sesuatu yang lebih 'wowww'. 

Adalah sesuatu yang agak 'NO WAY' untuk saya berikan pujian. Bilamana orang itu tidak menutup aurat, secantik apapun dia, bagi saya adalah berdosa untuk saya tambahkan dengan pujian ke atas kecantikan yang dia pamerkan. Buatnya esok lusa dia UP kan lagi, makin berani dedah aurat..? macam menyumbang kepada kemungkaran kan. Itu pendapat saya. Makanya saya sangat hati-hati.

Mungkin boleh men'divert'kan pujian kepada suatu hal yang lebih menginsafkan. Contoh, 'lagi cantikkkk kamu bertudung' atau 'lagi cantikkk kalau labuhkan tudung tu menutup dada'...kan dakwah juga tu. Takde la pujian sia-sia kan. :)

Okay, celoteh saya hari ni hanya exercise untuk jari-jemari. haha.



Saya hanya suka suami saya puji!
-j1e-

Nov 23, 2012

Its my life #2 -Nak cantik kena usaha

assalaamu'alaikum!

Balik awal lepas stase sangatlah heaven! wuhuu...boleh berfoya-foya di rumah (erk..?) . Saya kan suka duk umah. Takde tempat yang aman selain umah sendiri. Heh

# Beauty

After monthsss...(note that) i ignored taking care of self-beauty, now this is the time to move on. move onnn! Ye laa, before this nak cuci muka pon pikir panjang, nak pergi bilik air ke golek2 atas katil..? (dahsyattt..) semua gara2 morning sickness. (oh, tak baik pulak kan salahkan alahan, padahal memang pemalas. huhu)

Back to the topic. Beauty. Mau jadi hot mommy bukan senang woo...nak hubby fall in love tiap kali tengok bukan senang woo... kena usaha! ecee. My former english lecturer once told that his wife looked most gradiant, beautiful while pregnant. oh my oh my! Sampai sekarang ingat statement tu. heee

But its kinda true! when i said to my hubby that im getting fatter, he said its 'sexy'! opppsss..takpelah orang dewasa semua kan. tak censored pon takpe. (suka hati aku je gedix..)

Actually, i dont care much about my body. i mean, my thin, small body..hmm..malas nak gemukkan dah. So, gemuk tak gemuk layannnn je la. Kalau hubby suka, saya bahagia! ahakks..gelinya.

Now kena focus part skin and hair. waduhh...waduhh...malas tau nak shampoo tiap 2 hari. (kantoii) rambut panjang lagi la kena extra care, since hubby tak bagi green light lagi boleh potong. nak tunggu jadi macam Rapunzel kot baru kasi...erk. Apa2 laa..anything for u! ahaks, gedix lagi.

But i noticed one thing, if i washed my hair everyday, it became better - smoother, livelier, and seangkatan dengannya. Pokoknya lagi terurus la. of course la kan. Tapi malas campur nak jimat jugak laa my shampoo. Habis duit hubby nanti. uhuk. Tapi nak cantik pun untuk suami jugak kan. :P

The top most Donts thing about hair - jangan biar gatal and ada ketombe! ketombe? bahasa melayu nya kelemumur. Stress tau. Rasa nak sedut ngan vacuum cleaner. perghh (please refer above-->  about months tau saya malas jaga self beauty) Sekarang dah insaf.

Kalau rajin, tak payah pergi salon, boleh buat cream bath sendiri. How?
1- cuci rambut ngan shampoo
2- apply hair cream bath...urut2 kepala..sapu biar rata
3- balut dengan tuala panas (masak air dalam periuk sikitttt je sampai dah mendidih, steam kan towel or masukkan terus dalam periuk. buat before cuci rambut supaya nanti terus je balut kepala)
4- biarkan kepala berbungkus about 20mins.
5- cuci laaa! nak apply conditioner pon bole.
6- ada hair serum, boleh apply.


Buat every fortnight cukup. Lain2 hari shampoo, conditioner n serum are enough.
Walaa...macam saya rajin je buat. takpe laa, bila sharing, jadi lebih semangat kot pasni. haha

Now, move to skin part. Walahh...ini manyak susahh maa..since yearsssss ago i have skin probs. from acne till sensitive skin. Dah tua-tua ni takde la masalah jerawat sangat tapi jadi sensitif plak. eeii, macam tuan dia kan nak sensitif2 ni. duh.  

My hubby said  - muka abang tak cuci pon, okay je. waaaaaaaaaa...perli! skali saya letak pore pack kat hidung hubby, menangisss! blackhead, whitehead tu okay apa kan.. :P

My face ni tinggal parut je yang susahhhhhhhhh sangat nak hilang. Nak pergi facial? oh my oh my...sakitt! tak nak nangis. So malas nak pegi. :( Jadinya...kena la usaha gigih sendiri di rumah ya. Mask, mask, mask! Rutin tu susah nak buat. (adohai, bila malas, semua tak jadi...apelaa..)
- cleanser
- scrub
- mask
- cream
2-3 times per week --> with right products, great care and discipline --> better outcome!
so move onnnnnnnnnnnnnnnn!

Dah, penat membebel hari jumaat ni. kena banyak ibadah padahal. isk.

-j1e-


Nov 15, 2012

It's my life #1

Assalamualaikum!!!

MasyaAllah..its been long long time i left this space..today i feel like to say 'hi' and drop a post..

# Marriage
Still jarak jauh. every 2 month baru jumpa. *sob*sob (eleh..) tapi dah boleh adapt la, setahun lebih kot. Alhamdulillah. As long as we both know this will last soonnnnn... *yayyy!! sabarrr naa, jappp je lagi...baby dlm perut pon kena sabar k...nti bole manja2 ngan daddy tiap2 hari k! (gedix guna word 'daddy'..;P)

Yes, this is my life. Dah kawen hidup tertumpu kepada husband. of course. Disebabkan sebelum kawen pon dah suka emo manja dan seangkatan dengannya, i think my husband should be awarded with ermm..semacam award la..sbb sabarrrrrrrrrr dengan wife nya. huhu. Hug Hug Kiss Kiss :P

Perut dah buncit lebih 3 bulan. Morning sickness dah kurangg..alhamdulillah. Dah rasa bersemangat balik. I really dont want to feel like before. Up side down. (But still Allah knows best for me. ) Hopefully everything is doing fine. Tak pergi check up lagi. Duh. Im sorry dear. Tak semangat nak check up sorang2 without husband. Sedih maaa..T_T --> manja.

Kitorang dah ada rumah sendiri. Walaupun kecik tapi itulah mahligai kami yang baru. Since duduk situ, husband jarang balik rumah dia walaupun saya sendiri takde bersama. He did so many things to that house. By himself for sure. Thanks dear! i will be back to fill it with full of love! heeheh

hmm..u know what...being a couple is all about to complete each other. day after day i realize both of us do have many flaws. but those dont matter much for us as we try our best to cover each others. avoid comparing our partner with others. everyone has 'GOOD' parts. appreciate them. at the same time, we also try to improve ourselves coz  that what we need to live on..together..LOVE

ok..i think i will continue on next post..
tapi sebelum tu, nak buat pesanan, tak tahulah untuk sape, saja2.
Kalau anda belum menemui jodoh, tak apa, sabarlah..masanya akan tiba. Anda masih boleh berharap agar dapat pasangan yang macam mana anda nak. Klau nak sangat, rajin2lah berdoa. Kalau dapat, alhamdulillah. Kalau tak dapat yang nak, jangan pulak kecewa. Anda tak tahu bahawa pasangan dari Allah untuk anda tu sangat istimewa. Orang tak nampak tapi anda akan nampak! sooner or later. Key: bersyukur. :)

Tapi jangan buat maksiat sebelum kahwin, nak try and test couple dengan orang itu ini..tambah dosa. STOP. STOP.STOP. useless. Tak perlu buat perangai macam orang yang tak cukup kasih sayang. Mencari cinta sana sini. Kena jadi mahal! How? Bukan hantaran kawen mahal maka anda pun terlabel 'mahal' k..woman is priceless. Mahal kita adalah dengan malu kita. Pelihara diri dan maruah.

Andai bercinta sebelum kawen, dan tu jodoh anda juga akhirnya, jangan lupa taubat nasuha sebelum kawen. Kalau bukan jodoh, pastilah jugak! Bersihkan diri sebelum  melangkah ke alam rumah tangga. Masa bercinta, dating, apa la itu laa..banyak salah dah terbuat. Bersihkan semua...ok?


ok, mommy-to-be nak rest. :))

-j1e-