hari-hariku

..hazirah
..sara
..shamsiah

...semalam kita berkenalan,
...hari ini kita bersahabat...
...tapi 'esok' pasti berpisah jua...
semoga kenangan bersama tak kan pernah terpadam...;)

Jan 19, 2011

bila bicara soal hati

meskipun ada yang membaca entri ini dengan anggapan yang menulis ini sedikit 'peras santan' (baca:perasan), its ok, its alright. pengakuan ini dijamin jujur dari hati.


sulitnya menjadi perempuan bila terjebak dengan 'keperluan cinta'.
sama ada perempuan yang perlu cinta dari orang lain, atau orang lain yang perlu cinta dari perempuan.

kita (baca: perempuan) boleh saja berkata, 'ahh..malas la nak layan cintan cintun ini',
tapi sedar tak sedar kita memang ingin ia wujud..setidak-tidaknya singgah sebentar di jendela hati,
ingin merasai rasa 'bunga-bunga' itu. meskipun ia akan pergi lagi ke mana2 begitu saja.


straight to the point.
saya tak suka orang menganggap soal hati (baca:cinta) ini sesuatu yang remeh.
begitu banyak manusia yang tidak terkawal emosi, tewas iman, sanggup mengorbankan jiwa kerana cinta.
ya, seperti bunuh diri. ahh..bodohlah mereka.. tapi, itulah penangan aura cinta. 
sangat membahagiakan. sangat menderitakan.


jadi, jika kita merasakan diri kita disukai, dicintai, disayangi...hargailah!
hargai? buat apa gatal2 nak melayan? isk..
menghargai tak bermaksud melayan suka-suka siapa saja. salah tu.
apa yang saya maksudkan, hargai perasaan orang. 
kenapa? kerana mereka tidak pernah boleh merancang saat rasa itu hadir. ia hadir dengan tiba-tiba kan.
..dan pastilah jika kita menyukai seseorang (baca:lawan jantina) pun, kita cuma ingin sentiasa rasa bahagia dengan perasaan itu. biar ia tetap begitu. jadi, begitu jugalah apa yang orang lain rasakan akan kita.


hargai.
kunci penghargaan akan perasaan orang lain adalah dengan action yang betul!
nah, di sinilah besarnya pengaruh kelembutan dan kesopanan yang harus ada dalam diri seorang perempuan.
tak usah bicara kasar. tidak juga bicara mengundang harapan.
biarkan ia neutral. dengan erti kata yang lebih mudah..'jangan menolak dalam sesaat, jangan mengada-ngada test market'. 


jujur.
menipu hanya menjatuhkan moral, mendapat dosa juga.
terlalu jujur juga tidak boleh kerana terlalu menghiris. 
setiap orang selayaknya dihargai sebagai manusia. dan setiap manusia itu berperasaan.


perasan.
pernah perasan? tahniah, anda normal dan punya sensitiviti perasaan yang normal.
betapa pentingnya rasa perasan itu supaya kita dapat kendalikan situasi dengan baik dan tegas.
cth;
Anda tahu A suka anda. diusik kawan-kawan A setiap hari. anda jadi rimas. ye lah, A pun tak cakap dia suka. tapi tingkahnya jelas la menunjukkan dia berperasaan. apa tindakan anda?
jwpn:
kalau anda suka juga dan berharap 'sesuatu' (no problemo la kes camni..hahahha) pasti anda kena bagi signal juga. tepuk dua tangan baru bunyi kot.
kalau anda tak suka, biar ia berlalu sesepoi/sekencang angin yang bertiup. jangan beremosi, jangan juga menunjukkan ekspresi tak suka yang over. kenapa? seperti point yang ada disebut di atas - jangan pernah menyakitkan hati yang sedang berperasaan -


weyh...ape kes nak berteori soal cinta ni plakk???


haha..saya sedang berfikir. 
menganalisa situasi orang lain. 
menilai sedalam manakah bahagia dan derita mencintai orang.. 
kenapa dikecewakan itu amat2 menyakitkan..
kenapa ada yang sanggup mengecewakan...
kenapa menerima jika tidak siap..
kenapa menolak jika hati mau...
kenapa fikir bahawa diri sendiri saja yang berperasaan..
kenapa menganggap perasaan itu 'jelek' dan 'sampah' yang menyemakkan..


sulitkan.
tapi kerana terlukanya hati. jiwa boleh mati. maka perlu hati-hati.


renung2kan..dan selamat beramal. (ngeee..)




j1e: meskipun saya suka ramai orang. saya hanya menerima satu orang. dan saya menghargai yang lain. sebagaimana saya senang untuk menyukai sesiapa saja, biarlah orang lain juga senang untuk menyukai saya. (wakkakakakkakak..tak tahannn...)


p/s; nausea and wanna vomit? kekekkekekke

2 comments:

sara said...

eh eh jgn la gne contoh nama 'A', tuh aku punya... ;p.. wakakaka

j1e said...

aisey beb...
lupa gua..kekekekke

weekkk...