hari-hariku

..hazirah
..sara
..shamsiah

...semalam kita berkenalan,
...hari ini kita bersahabat...
...tapi 'esok' pasti berpisah jua...
semoga kenangan bersama tak kan pernah terpadam...;)

Feb 2, 2011

Broken


Kalau saya ada diari, pasti diari saya penuh. Satu tahun pasti bukan hanya satu tapi berpuluh-puluh buah diari kot. Tapi saya tak ada diari..Cuma ada diari hati.

Kalau saya dengar beberapa perkataan tu, hati saya jadi hancur luluh. Broken into pieces. Terpaksa tahan air mata supaya tak keluar. Buat la apa saja asalkan ia tak keluar depan orang. Saya malu… apa perkataan2 tu? Saya sendiri tak ada hati nak nyatakan. Bukan salah sesiapa pun yang terucapkan.

Kalau sedang sedih, saya suka tengok cite sedih. Sebab bila sedih saya tak boleh nak menangis kalau tak ada ransangan luar – lihat, dengar, sentuhan. Kadang-kadang cite tu tak sedih mana pun, tapi saya menangis teruk2 sebab hal sendiri. Lame.

..

Pilihan itu datang setiap masa. Saya pilih satu kemudian saya rasa tak nak pilih pulak. Saya tak nak even satu pun antara pilihan tu. Saya tak nak tambah apa-apa daripada apa yang sedia ada. Biar begini selamanya. Boleh ke? Sisi jahat hati saya kata, boleh! Sisi baik hati saya kata, you are selfish! Dang~!

..

Beberapa hari saya bertekad nak siapkan revisi yang tak banyak mana sangat tu. Okay, now saya give up. Saya perlu tenangkan diri sendiri dulu. Awal pagi esok nak berangkat ke Juanda untuk ke Bali. Seriously saya tiada hati untuk berkomitmen waktu ini. Tapi apa boleh buat, tiket semua tak boleh tukar2. Lain la kaya sangat nak bayar ganti kan. Jalani sajalah. Memang ada hikmah berharga kot dalam pemergian ini. Cuba percaya dan yakin walaupun hati seakan kosong. Satu habuk baju, barang saya tak pack lagi. 5 days okay…hmm

..

Kawan-kawan ramai nak ke pantai. Saya tak pernah begitu minat nak ke pantai. Saya dibesarkan di perkampungan tepi pantai. Laut adalah salah satu tempat main saya waktu kecil. Semua tu kenangan yang sangat menggamit sayu di hati. Saya tak boleh pergi pantai untuk tenangkan fikiran kecuali saya benar-benar berada di pantai kampung halaman saya. Itu bezanya.

..

Kerana terlalu fikirkan macam-macam, fisiologis badan saya pun seakan tak menentu. Inilah padahnya. Tapi bagaimana la nak 'just take it easy' kalau hal tu ' is a big deal'..hmm.. dilemma yang tak berkesudahan. Masa sebulan sibuk ber'clerkship' saya boleh lupakan seketika. Tetapi sekarang tiba-tiba free betul2 ni, terlampau fikir pulak. Menyesakkan jiwa raga.

Sudahlah..laluilah apa saja.

Kepada yang nak bercuti di pantai…selamat bersenang2, bergembira di sana~~! Bersahabat dengan alam memang indah dan mengasyikkan..;) Selamat pergi dan pulang..take care everyone!

Bali menjemput saya yang begitu berat hati untuk memulakan langkah. Instinct saya tidak seenak mana. Moga dipermudahkan segala urusan dalan selamat segalanya. Aamin.

So, things to do..beli barang sikit, packing beg, prepare dokumen2 penting, dan rest. Oh, maafkan saya dosen2 TA yang tersayang. Saya jumpa kamu semua minggu depan saja. InsyaAllah…

Untuk kebaikan hari-hari mendatang…I wont take myself so seriously. Let everything flows smoothly..

No comments: